Sunday, June 12, 2016

Surah Al-Baqarah (44)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 44:
Ringkasan tafsir;

Ayat ini diturunkan dan ditujukan kepada orang alim Yahudi di Madinah, yang mana apabila kaumnya bertanyakan tentang kitab-kitab tersebut maka orang alim itu membenarkan kitab Taurat dan Quran supaya kaumnya sentiasa taat dan patuh dengan kitab-kitab tersebut, sedangkan orang  alim itu sendiri telah meninggalkan kewajipan dan mengerjakan apa yang telah ditegah oleh dalam kitab-kitab tersebut. Oleh itu ingatlah bahawa setiap yang dikatakan itu mestilah dikotakan kepada diri sendiri dan kepada orang lain.


[Previous] [Next
.


.


No comments:

Post a Comment